Thursday, December 13, 2018

TAHAP PRASARANA YANG TERDAPAT DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS TENAU, ULU SLIM


TAHAP PRASARANA YANG TERDAPAT DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS TENAU, ULU SLIM

Disediakan oleh:
Muzibur Rahman Bin Kamul
D20171078789

Pada 17-18 November yang lalu, kami pelajar Geografi Penduduk (HGM3033) telah menjalankan sebuah kajian lapangan di sebuah perkampungan Orang Asli di Pos Tenau, Ulu Slim. . Perjalanan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke Pos Tenau mengambil masa kira-kira 2 jam. Berdasarkan sumber yang diperolehi terdapat kira-kira 500 sehingga 600 bilangan penduduk yang terdapat di empat buah kampung yang disatukan menjadi Pos Tenau ini. Kebanyakkan penduduk disini bekerja sendiri dan dianggarkan purata pendapatan mereka adalah dalam lingkungan RM250 sebulan. Bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang bergaji lebih kurang RM1,500 dikatakan antara penduduk yang berpendapatan tinggi dan biasanya sekurang-kurangnya mempunyai sebuah motosikal. Sepanjang tempoh dua hari di Pos Tenau terdapat banyak benda baru yang diperolehi dan dapat dinikmati yang mana semuanya tidak diperolehi di bandar dan terutamanya di UPSI. Berkenaan tajuk kajian yang saya pilih adalah mengenai Tahap Prasarana Yang Terdapat Di Perkampungan Orang Asli di Pos Tenau, Ulu Slim.

Gambar Sebelum Pos Tenau

APA ITU KEMUDAHAN PRASARANA?

Prasarana adalah kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di sesebuah kawasan seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan perhubungan, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah komuniti,   organisasi dan negara. Dalam kajian ini, kemudahan prasarana bermaksud kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan terhadap penduduk kampung Pos Tenau bagi membantu individu, keluarga, kumpulan dan masyarakat memenuhi keperluan sosial mereka.

JENIS PRASARANA YANG TERDAPAT DI POS TENAU?

Sekolah

Menurut Utusan Online (2003), satu peraturan pendidikan wajib terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002. Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Seksyen 29A(2) memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Menurut Seksyen 29A(4), ibu bapa yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 2002 dapat disimpulkan bahawa pendidikan merupakan perkara wajib bagi semua rakyat Malayisa tanpa mengira kawasan petempatan mereka sama ada di bandar, luar bandar atau di pendalaman sekalipun dan termasuklah di Perkampungan Orang Asli di Pos Tenau. Sekolah Kebangsaan Pos Tenau merupakan salah satu prasarana yang terdapat di perkampungan ini. Menurut salah seorang guru di sekolah tersebut, SK Pos Tenau mempunyai 39 orang pelajar iaitu jumlah keseluruhan pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam pada tahun 2018. 
Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan boleh dikatakan bahawa kemudahan yang tersedia di sebuah sekolah yang berada jauh di kawasan pedalaman ini tidak kalah hebat dan lengkapnya jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar. Buktinya, sekolah ini juga mempunyai kelengkapan seperti bilik guru, kelas, tandas sekolah, kuarter guru, bilik sumber, makmal komputer, dewan, kantin, padang sekolah yang luas, tempat letak kereta (garaj), dan dilengkapi dengan generator elektrik. Apa yang menarik disekolah ini dan berbeza dengan sekolah lainnya adalah kantin yang terdapat di sekoilah ini tidak menjalankan proses jual beli seperti yang dijalankan di sekolah lainnya. Hal ini demikian kerana, pelajar orang asli disini kesemuanya layak menerima bantuan makanan dan minuman secara percuma melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan sumbangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Oleh itu, kantin yang ada hanya akan menguruskan makanan tersebut sahaja. Pada pendapat saya, tahap prasarana sekolah yang terdapat di kampung pedalaman ini boleh dikatakan memuaskan dan selesa untuk digunakan belajar. Namun, saya agak terkilan kerana, perkampungan ini hanya mempunyai  sebuah sekolah dan ianya adalah sekolah rendah sahaja. Oleh itu, apabila tamat tahun enam, pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat menengah terpaksa berpindah ke sekolah menengah yang tersedia di Ulu Slim.

Kantin Sekolah

Kuater Guru

Bilik Sumber

Dewan Sekolah
Kantin Jabatan Kemajuan Orang Asli


Pusat kesihatan

Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi ­ fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Berdasarkan definisi kesihatan itu sendiri kita boleh simpulkan bahawa kesihatan itu adalah aspek terpenting dan merupakan antara kebajikan utama yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah kerajaan dalam negara. Oleh itu, pusat kesihatan diwujudkan bagi memastikan kesihatan rakyat adalah dalam keadaan yang baik.
            Pusat kesihatan merupakan antara prasarana yang tedapat di Pos Tenau. Pusat rawatan ini diberi nama Balai Rawatan Pos Tenau yang mana menjadi tempat penduduk kampung terutamanya pelajar sekolah mendapatkan rawatan. Menurut sumber daripada guru disekolah tersebut mengatakan Balai Rawatan ini biasanya buka pada hari isnin dengan kehadiran petugas-petugas kesihatan. Terdapat satu penyakit yang sering dialami penduduk-penduduk terutamanya pelajar sekolah iaitu kudis buta. Oleh itu, apabila tiba hari isnin guru-guru akan meminta pelajar yang demam, dan pelajar yang mengalami gatal-gatal disebabkan kudis buta untuk pergi mendapatkan rawatan di Balai Kesihatan yang berdekatan dengan sekolah. Berdasarkan pemerhatian daripada apa yang dikatakan guru sekolah mengenai Balai Rawatan di sekitar sekolah tersebut boleh disimpulkan bahawa tahap prasarana pusat kesihatan boleh dikategorikan agak memuaskan kerana boleh memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan. Namun, dikatakan hanya sakit ringan sahaja yang dapat dirawat disebabkan kelengkapan yang terhad. Oleh itu, apabila berlakunya kecederaan besar, masalah kesihatan kronik penduduk perlu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan utama yang berdekatan.

Balai Rawatan Pos Tenau


Jalan raya yang baik

Selain itu, Pos Tenau juga mempunyai kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik. Prasarana jalan raya yang terdapat di kampung ini boleh dikatakan sangat baik disebabkan jalan raya baru yang baru sahaja siap diturap tiga bulan lalu. Menurut salah seorang guru yang telah berkhidmat selama 16 tahun di SK Pos Tenau mengatakan bahawa, jalan raya yang ada kini jauh lebih baik daripada jalan raya masa beliau berkhidmat pada awal penempatan sebagai seorang guru di sekolah ini dahulu. Jika dahulu perkampungan ini terhad untuk dimasuki oleh pelbagai jenis kenderaan, namun kini dengan jalan raya yang agak baik pelbagai jenis kenderaan termasuk la motosikal, lori, bas dan kenderaan 4x4 seperti Hilux boleh masuk ke perkampungan orang asli di Pos Tenau. Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa, tahap prasarana jalan raya di kampung ni adalah pada skala agak baik kerana mampu meningkatkan darjah ketersampaian orang lain ke perkampungan ini.


Jalan Raya



Rumah Ibadat

Agama adalah merupakan satu pegangan bagi setiap penduduk di dunia tanpa mengira sama ada agama tersebut Agama Islam, Agama Kristian, Agama Hindu, Agama Budha dan lain-lain lagi termasuklah penduduk Orang Asli Pos Tenau. Majoriti penduduk di kampung ini adalah beragama kritisan dan memiliki sebuah prasarana rumah ibadat yang digunakan untuk sembayang. Kebiasaanya mereka akan ke rumah ibadat untuk sembayang pada hujung minggu iaitu hari ahad. Hal ini demikian kerana, sewaktu kami menjalankan kajian lapangan dan meminta untuk pelajar tersebut datang pada hari esok (ahad) bagi menjalankan aktiviti gotong-royong rata-rata pelajar menjawab tidak boleh kerana mereka perlu pergi ke rumah ibadat untuk sembayang.
Bagi tahap prasarana rumah ibadat yang terdapat di sana dari segi seni bina dan pandangan jarak jauh boleh dikatakan agak baik dan menarik kerana pembinaan rumah ibadat itu sendiri yang berunsurkan moden (dibina mengunakan batu bata dan semen). Rumah ibadat itu juga berada pada kedudukan yang strategik yang mana berada di tengah-tengah kampung yang emmudahkan empat buah kampung berkongsi satu rumah ibadat. Namun, saya tidak dapat memberikan gambaran tahap kelengkapan rumah ibadat kerana pada masa kajian lapangan dijalankan rumah ibadat kampung tersebut terkunci. Namun, dari segi seni bina dan pandangan dari jarak jauh skla agak baik boleh diberikan.

Rumah Ibadat


KESIMPULAN

Kesimpulanya, bagi saya sebuah perkampungan yang berada jauh di pedalaman dan berada disekeliling hutan-hutan dan bukit-bukau dapat disimpulkan bahawa perkampungan ini mempunyai tahap prasarana pada skla yang agak baik. Saya berharap agar perkampungan Pos Tenau ini terus dipelihara menerusi pembangunan yang lebih terancang iaitu dengan mewujudkan pembangunan tetapi tetap melindungi alam smeulajdi yang sedia ada untuk genmerasi akan datang. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan lebih menekankan pendidikan dalam kalangan orang asli sehingga ke peringkat pengajian tinggi agar mereka dapat bersaing dan menikmati segala apa yang dinikmati oleh penduduk di kawasan bandar.

Pelajar Geografi Penduduk



RUJUKAN

Md. Safian Bin Mohd Tajuddin (2007), Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan. Universiti Sains Malaysia.
Utusan Online. (2003, Oktober 7). Pendidikan Wajib – Tiada Ibubapa Diheret Ke Mahkamah. Diperolehi daripadA http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003 &dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz5ZZM1ma00 


No comments:

Post a Comment