Disediakan
oleh Nazzila Sheila Binti Abdullah
D20171078766
HGM3033
Geografi Penduduk
BAHASA DAN DIALEK ORANG ASLI DI POS TENAU
Orang Asli merupakan
perkataan generik bahasa melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi
merujuk kewujudan orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu
sejak azali lagi. Secara rasminya, terdapat sekurang-sekurangnya 18 suku dari
etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, dan mereka dikategorikan kepada
tiga kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang
berbeza diantara satu sama lain. Tiga kumpulan utama Orang Asli adalah Semang/Negrito,
yang biasanya boleh dijumpai dalam lingkungan hingga ke bahagian utara
semenanjung. Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung dan Proto-Malay atau
Melayu Asli, menetap di wilayah selatan semenanjung.
Kajian ini akan menfokuskan kepada bahasa dan dialek yang
digunakan oleh salah satu kaum Orang Asli iaitu masyarakat kaum semai yang
tergolong dalam kumpulan utama Senoi. Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA, 2018) menjelaskan bahawa Suku kaum Semai tinggal
bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan
dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah
meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang
terbesar jumlahnya berbanding suku Orang Asli yang lain. Mereka hidup
bermasyarakat dan sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300
penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari
golongan berpengaruh seperti Pawang, Bomoh dan Ketua Adat.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dan
menjadi lambing pemikiran manusia atau alat untuk membentuk idea. Melalui
bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan baik dan menyatakan perasaan secara
objektif dan lebih sempurna. Sekumpulan manusia yang bertutur dengan
menggunakan satu sitem bahasa yang sama dinamakan sebagai “masyarakat bahasa”
(Fihman 1967). Masyarakat Orang Asli Semai yang tinggal di Kampung Orang Asli
Pos Tenau adalah salah satu contoh masyarakat bahasa kerana mereka mengamalkan
cara berbahasa dan budaya yang sama. Masyarakat orang asli di Pos Tenau
menggunakan bahasa Semai sebagai bahasa pertama dan menggunaka Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua.
Kepelbagaian bahasa dan
budaya yang ada di negara ini menjadikan interaksi antara kaum-kaum yang ada
termasuk kelompok minoriti orang asli semai memerlukan satu bahasa yang
difahami bersama sebagai alat perhubungan. Kelainan bahasa boleh membataskan
pergaulan dan mewujudkan jurang perhubungan sosial kepada masyarakat khususnya
masyarakat Orang Asli dengan masyarakat arus perdana yang lain.
Pada 17 November 2018,
kami terdiri pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang mengambil
kursus Geografi Penduduk telah mengadakan kajian lapangan di sebuah
perkampungan Orang Asli di Ulu Slim Perak. Perkampungan Orang Asli tersebut
dinamakan sebagai Kampung Orang Asli Pos Tenau. Kampung Pos Tenau merupakan
salah satu dari beberapa kampung Orang Asli Suku Semai yang terdapat di Ulu
Slim, pekan kecil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Tanjung Malim,
Perak. Lebih jauh ke pedalaman, kira-kira satu jam lebih perjalanan selepas
melewati kampung tradisi Melayu yang terakhir, barulah beberapa penempatan
Orang Asli dapat dilihat. Penempatan-penempatan tersebut hanya dilalui
menggunakan kenderaan 4x4, lori atau motosikal yang dilengkapi dengan tayar
khas memandangkan kawasannya berbukit bukau dan berliku.
Setibanya di Pos Tenau,
kelihatan penduduk kampung amat teruja melihat kedatangan kami. Namun apabila
kami keluar dari kenderaan tersebut dan cuba mendekati, mereka segera melarikan
diri dan masuk ke dalam rumah dan hanya memandang dari jauh. Nyata sekali
mereka amat tebal dengan sifat pemalu memandangkan mereka menjalani cara hidup
tradisi yang agak terpencil dari dunia luar. Kampung Pos Tenau adalah salah
satu daripada beberapa penempatan tetap Orang Asli Suku Semai yang
kebanyakannya tinggal di Perak dan sempadan Pahang. Bahasa utama yang digunakan
oleh penduduk pos tenau adalah bahasa semai. Walaupun bahasa utama mereka
adalah bahasa semai namun penduduk disini masih boleh bertutur dengan
menggunakan Bahasa Melayu. Ini memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan lebih
berkesan bersama mereka.
Sepanjang berada di
perkampungan Pos Tenau, pengkaji sempat bertanya kepada penduduk kampung
mengenai bahasa yang digunakan oleh mereka ketika bertutur sesama suku kaum dan
mereka berkata mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Semai dan hanya
difahami oleh Suku Kaum Semai sahaja. Mereka akan bertutur dengan menggunakan
Bahasa Melayu apabila bertutur dengan orang asing atau orang luar. Hampir semua
penduduk di Pos Tenau menganuti agama Kristian dan segelintir penduduk masih
mengamalkan ajaran Bahai. Antara perkataan Bdari Bahasa Semai yang sempat
ditanya oleh penkaji kepada penduduk kampung adalah seperti
BAHASA SEMAI
|
MAKSUD
|
Eng
|
Saya
|
Hek
|
Kamu
|
Ma
i(e) gah?
|
Apa
khabar
|
Gah
bor
|
Khabar
baik
|
Ma
habeh?
|
Apa
kamu buat
|
Walah
|
Tak
ada
|
Muman
saja
|
Main-main
saja
|
Hek
sudah cak cok?
|
Kamu
sudah makan?
|
Hek
sudah ngut?
|
Kamu
sudah minum?
|
Madeh
|
Mari
|
Sanyet
|
Kanak-kanak
|
Ma
muh hek
|
Apa
nama kamu
|
Muh
eng
|
Nama
saya
|
Amek
|
Mak
|
Apak
|
Ayah
|
Setelah bertanya tentang
perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Semai, pengkaji mendapat satu ilmu
yang sangat berharga kerana tidak semua orang luar berpeluang untuk mempelajari
atau mengetahui bahasa Semai. Walaupun masyarakat ini merupakan golongan
minoriti yang berada dalam lingkungan masyarakat yang dominan berbahasa Melayu,
namun mereka tetap kuat dengan bahasa dan budaya mereka. Penggunaan bahasa yang
lebih kepada bahasa Semai membuktikan bahawa masyarakat ini walaupun kecil
bilangannya tetapi masih teguh mempertahankan bahasa mereka.
Penggunaan bahasa Semai
dalam kalangan masyarakat orang asli Semai adalah tinggi. Sungguhpun bahasa
Semai merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat ini, namun bahasa Melayu
tidak terus dipinggirkan kerana masyarakat Orang Asli Pos Tenau ini tahu
menggunakan bahasa mengikut fungsi dan situasi. Oleh itu, masyarakat Orang Asli
Pos Tenau sudah pasti dapat mengekalkan bahasa dan identity bangsa mereka
dengan penggunaan bahasa Semai dalam situasi pertuturan dalam kalangan mereka
khususnya dalam domain keluarga dan kekeluargaan.
Perkongsian yg sangat menarikk.. 👍👍
ReplyDeleteboleh tanya kui lok hek tuh apa maksud dia..sebab kawan asli saya suka cakap ..lepas tuh dia ketawa
ReplyDeleteLok tu kemaluan lelaki
ReplyDeleteboleh saya tahu "selamat sejahtera" dalam bahasa orang asli?
ReplyDelete