Thursday, December 13, 2018

CIRI FIZIKAL DAN CIRI BUDAYA DI POS TENAU


Ciri Fizikal dan Ciri Budaya di Pos Tenau Ulu Slim, Perak


Perkampungan Orang Asli Pos Tenau terletak di Ulu Slim, Perak Darul Ridzuan. Terdapat beberapa ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat di perkampungan ini.


Definisi Ciri Fizikal

Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumu, saliran dan tumbuhan semulajadi.



Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam keluarga Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Di perkampungan ini, terdapat banyak pokok getah yang dijadikan sebagai punca pendapatan masyarakat orang asli di kawasan Pos Tenau ini.

 
Sungai merupakan sumber bekalan air mentah kepada masyarakat orang asli terutamanya digunakan untuk mandi.






Definisi Ciri Budaya
 

Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, kemudahan asas, pengangkutan, perhubungan dan penggunaan tanah.


Terdapat juga sebuah sekolah rendah yang dibina di perkampungan ini untuk pendidikan anak-anak masyarakat orang asli di Pos Tenau.




Jalan raya juga turut terdapat di sepanjang perkampungan masyarakat orang asli di Pos Tenau.





Terdapat  gereja di Pos Tenau



 



Gereja ini digunakan oleh penduduk kampung kerana majoritinya beragama Kristian.


 

Terdapat juga stesen solar hibrid digunakan untuk mendapatkan bekalan elektrik terutamanya untuk kegunaan pelajaran.






Rumah orang asli di perkampungan orang asli Pos Tenau, Ulu Slim. 


 

Dr Kamarul bersama dengan Guru Besar SK Pos Tenau

 Sekian, terima kasih.

 Disediakan oleh :

NUR SYAFIKAH BINTI AB RAZAK
D20161073530 
HGM3033 GEOGRAFI PENDUDUK

No comments:

Post a Comment