Wednesday, December 12, 2018

PENDIDIKAN DI POS TENAU

PENDIDIKAN DI POS TENAU



Pos Tenau? Nama yang asing didengari oleh masyarakat terutamanya yang bukan pencinta kehijauan semula jadi. Ketenangan dan kedamaian sinonim dengan Pos Tenau, pemandangan yang menenangkan mata dan angin yang mendamaikan jiwa. Pos Tenau terletak di Lembah Bukit kedudukannya yang agak terpencil dan strategi menjadikan ianya sebuah penempatan bagai sekumpulan masyarakat Asli Semai. Perjalanan menyelusuri bukit-bukau dan kehijauan mengambail masa lebih kurang satu jam. Kehidupan orang Asli suku Semai ini adalah ringkas dalam tradisi mereka. Mereka masih lagi memegang dengan adat tradisi mereka, masih terdapat lagi beberapa buah keluarga yang masih menggunakan rumah tradisi mereka.

Kanak-kanak bebas berlari tanpa kesibukan seperti dibandar
  
Kehidupan kanak-kanak di Kampung Pos Tenau, sama seperti kanak-kanak di bandar bermain dan belajar. Namun, apa yang membezakan mereka adalah kemudahan pendidikan yang diterima disitu.  Meraka yang tinggal disini memulakan pendidikan mereka di Sekolah Kebangsaan Pos Tenau. SK Pos Tenau ini mempunyai seramai 39 orang pelajar 10 orang guru dan seorang pembantu takbir.

kenangan terindahh....


Kebanyakkan mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Semai menyebabkan kebanyakkan mereka masih lagi buta huruf. Menurut guru di sekolah tersebut  masalah komunikasi merupakan masalah utama untuk mendidik anak orang asli. Sekolah yang serba kekurangan tidak melunturkan semangat mereka untuk belajar. 

Kemudahan elektrik di SK Pos Tenau

Kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut tidaklah seperti sekolah-sekolah dibandar kerana mereka masih lagi menggunakan tenaga solar hibrid untuk menjana elektrik di seluruh kawasan sekolah. Penggunaan internet yang terhad juga menyebabkan kesukaran guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran tetapi sayangnya pada hari lawatan merupakan hari cuti sekolah menyebabkan tidak dapat ikut serta dalam proses PdPc mereka. Apa yang difahamkan bahawa segala urusan pendaftaran bagi darjah satu diuruskan sendiri oleh guru kerana faktor kemudahan internet yang tidak mengizinkan serta kebanyakkan mereka masih lagi buta huruf. Kantin sekolah mereka tidak berfungsi seperti kantin sekolah di bandar yang ada melibatkan urusan jual beli. Keperluaan makanan mereka semuanya diurusakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan semua pelajar mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Namun, apa yang uniknya SK Pos Tenau ini adalah keindahan semula jadinya yang sangat kondusif untuk belajar. Udara sejuk dan damai serta jauh dari bandar menyebabkan hati mudah tertarik untuk berada di Pos Tenau walaupun tiada kemudahan liputan internet.

Suasana sekolah Pos Tenau
Kebanyakkan pelajar disini mempunyai keunikkanya tersendiri, mereka mempunyai kelebih dalam nyanyian dan tarian. Pada permulaan, pertemuaan bersama pelajar SK Pos Tenau, mereka seolah-olah takut-takut dengan kami kerana disebabkan jarang orang luar masuk di kawasan mereka, mereka kurang bersosial. Namun setelah di dekati mereka ini mempunyai keunikan masing-masing yang tak semua orang ada. Sebenarnya mereka semua ini ramah tetapi perlu ada caranya untuk mendekati mereka.

Kami juga berpulang untuk beriadah dengan pelajar-pelajar SK Pos Tenau dan juga melihat bakat terpendam mereka. Walaupun sekolah mereka serba kekurangan tetapi kehadiran mereka tetap mencapai tahap 90 peratus keatas berbanding dengan sekolah orang asli yang lain. Kami juga teruja dengan penglibatan mereka dalam program kami.


Kenangan bersama Pelajar SK Pos Tenau

Kekurangan yang terdapat di sekolah tersebut memberikan sedikit kesedaran bahawa pelajar orang asli yang hidup secara tradisi dan sederhana juga memerlukan ilmu untuk keberlangsungan hidupan, inikan pula kita yang bersekolah di bandar yang sememangnya lengkap dengan kemudahan teknologi.



Apa yang lain menbangakan kami ialah guru-guru disitu tidak pernah mengeluh atau merungut dengan kesederhanaan yang terdapat di SK Pos Tenau. Mereka sanggup berjauahan dengan keluarga demi mendidik anak-anak Orang Asli disini supaya sama-sama berjaya dengan masyarakat di bandar dan mengubah nasib keluarga mereka. Guru-guru disana sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga Pos Tenau di sekolah dan menjadikan sekolah sebagai tempat untuk semua berkumpul. Benarlah orang berkata kesederhanaan itu akan menjamin ketenangan sama seperti di Pos Tenau kehidupan yang sederhana dan agak pedalaman akan menbuatkan jiwa terasa damai.

KEAJIBAN POS TENAU
TERIMA KASIH WARGA POS TENAU ATAS PENGALAMAN YANG TAK AKAN 
DILUPAKAN…

NAMA: NUR ZULAIQHA BINTI ROSLI
NO MATRIK: D20161073477

No comments:

Post a Comment