KEGIATAN PERTANIAN DAN JENIS TANAMAN YANG TERDAPAT
DI POS TENAU
Terbitnya matahari pagi di ufuk timur yang
mula menyinari kaki Banjaran Titiwangsa
memang cukup mengasyikkan. Suhu
mencecah 17 darjah celsius, suasananya
berkabus dan nyaman membuatkan minda
terasa lapang ketika berada di Pos Tenau
ini.🌄
Rancangan awal kami adalah mendirikan
khemah di perkarangan Sekolah
Kebangsaan (SK) Pos Tenau. Namun, di
sebelah petang hujan lebat mula turun
beserta tiupan angin yang sangat kuat
sehingga khemah yang didirikan runtuh dan
dimasuki air. Cikgu sekolah tersebut
mengambil keputusan pelajar perempuan
boleh menginap di pusat sumber sekolah manakala pelajar lelaki menginap di kuaters guru
belakang sekolah.⛺
Ketika membuat kajian lapangan ni Pos Tenau ini, saya
memilih untuk memerhatikan dan melihat kegiatan pertanian dan jenis tanaman
yang terdapat di Pos Tenau memandangkan suhu dan persekitarannya sangat sesuai
untuk melakukan kegiatan pertanian sama seperti Cameron Highland.
Apa yang saya dapat lihat, aktiviti pertanian yang utama di Pos Tenau ini adalah penanaman pokok getah. Sepanjang jalan di perkampungan ini dikelilingi oleh pokok-pokok getah.
Selain itu juga, anda semua boleh dapatkan petai
dengan harga yang sangat murah.
Banyak pokok petai yang saya dapat lihat sepanjang perjalanan.
Pensyarah kami juga sempat
memborong petai semasa dalam
perjalanan pulang.🤣hahahahaha
Memandangkan suhu dan persekitarannya sangat
sesuai untuk melakukan kegiatan
pertanian, guru besar sekolah ada menyuarakan
bahawa ingin membuat satu projek yang
Semasa saya
melihat persekitaran sekolah, terdapat
beberapa jenis tanaman yang telah
ditanam dan dalam
proses untuk ditanam. Katanya, untuk penanaman
buah strawberi
masih lagi difikirkan 🤔
Pokok betik yang ditanam berdekatan dengan garaj kereta di hadapan bangunan sekolah. |
Pokok bunga kantan yang terdapat di belakang kantin sekolah. |
Anak pokok cili yang disemai untuk ditanam sekitar
kawasan sekolah
Terdapat juga pokok pisang, kelapa dan durian
ditanam dalam kawasan belakang bangunan sekolah...
Seterusnya, saya dapat lihat setiap rumah akan
menanam sayur-sayuran seperti lada, kangkong,
keladi, labu, paku pakis dan sebagainya.
Ini mungkin kerana jarak mereka untuk ke pekan
agak jauh.
Membuat
kajian lapangan di Pos Tenau ini adalah satu perkara yang sangat menarik dan
menyeronokkan. Pos Tenau akan sentiasa berada di dalam ingat saya. 💝
|NUR YASMIN ADLIENA BINTI MOHD KHAIRI|
|D20161075149|
Dik oi, pokok Paku pakis org x taman, dia tumbuh sendiri..
ReplyDelete