KEHIDUPAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEMAI DI POS TENAU🌄
pemandangan di Pos Tenau |
Pada keesokan
paginya, kami memulakan pagi kami dengan aktiviti senam aerobik dan setelah itu
pembahagian tugas untuk program gotong royong kami. Setelah selesai program
gotong royong, sesi bergambar dengan Guru Besar SK Pos Tenau di pintu masuk
sekolah tersebut. Selesai sesi bergambar, kami bergerak ke kampung masyarakat
orang Asli untuk tujuan utama kami. Kami berjalan dengan melihat keadaan
kampung mereka dan ada menemu bual beberapa orang penduduk kampung termasuk Tok
Batin mereka. Setelah selesai kami pulang kembali ke SK Pos Tenau dan bersiap
untuk pulang ke UPSI.
Berbalik kepada
tajuk yang dipilih iaitu Kehidupan Masyarakat Orang Asli Semai di Pos Tenau,
saya ingin menceritakan beberapa tajuk-tajuk kecil berkaitan kehidupan mereka
di sana.
Kehidupan sebagai Seorang Petani😎
Tanaman getah di Pos Tenau |
Kehidupan sebagai Seorang Penternak😜
Mereka juga merupakan para penternak. Walaupun mereka tidak
menternak binatang dalam jumlah yang banyak tetapi boleh dikatakan kebanyakan
rumah mempunyai haiwan
ternakan mereka masing-masing. Mereka menternak kambing, ayam dan
sebuah rumah saya melihat mereka ada menternak itik. Kambing yang diternak itu
seperti haiwan peliharaan mereka kerana saya lihat kebanyakannya berada di
bahagian tepi-tepi rumah sedang bersantai-santai. Haiwan-haiwan
ini merupakan sumber makanan mereka selain daripada ikan yang
diperolehi daripada sungai berhampiran. Mereka juga ada membela anjing dan
kucing sebagai haiwan peliharaan mereka. Kucing dan anjing di sini seperti
kawan baik.
Sedang bersantai bersama rakan-rakan |
Kehidupan sebagai Seorang Hamba😇
Setiap minggu pada setiap hari Ahad, sudah menjadi rutin masyarakat
Orang Asli di sini akan pergi ke gereja untuk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang hamba kepada Tuhannya. Mereka semua beragama Kristian
Methodist. Mereka akan pergi ke gereja seawal jam 8 pagi dan akan pulang
sekitar jam 10 pagi setelah selesai sembahyang. Gereja mereka 1 km dari rumah
mereka melalui maklumat yang diperolehi daripada guru-guru SK Pos Tenau.
Menurut sumber yang saya dapat, selain daripada menjalankan
aktiviti pertanian, mereka juga sering menjalankan aktiviti menebang pokok.
Aktiviti ini sering dilakukan sejurus hujan yang lebat diikuti angin kencang.
Kebiasaannya apabila hujan turun dengan lebat, akan terdapat
pokok-pokok yang tumbang khususnya pada kediaman yang berdekatan dengan
pokok-pokok besar. Semasa pemerhatian, saya mendapati terdapat pokok besar yang
tumbang pada salah sebuah rumah penduduk kampung ini. Proses-proses menebang
dapat dilihat semasa pemerhatian dijalankan. Tok Batin juga terlibat dengan
proses penebangan pokok tersebut.
Kanak-kanak Bebas Bermain😄
Semasa dalam perjalanan pulang ke SK Pos Tenau, saya melihat
beberapa orang kanak-kanak sedang berlari-lari. Mereka berlari dengan penuh
kegembiraan. Mereka saling mengangkat antara satu sama lain. Saya dan rakan
bertanya ke mana mereka hendak pergi dan mereka menjawab bahawa mereka ingin
pergi bermain serta mandi di sungai. Semasa kami berjalan, muka mereka
kelihatan sedih kerana ada beberapa orang dari kalangan mereka merupakan ahli
kumpulan kami untuk malam kebudayaan.
Disediakan oleh:
Nama:
Nurul
Norrazah binti Abd Razak
D20161074343
Kursus:
HGM3033 Geografi
Penduduk
No comments:
Post a Comment