KEHIDUPAN WANITA MAYARAKAT ORANG ASLI
DI POS TENAU, PERAK
Dari segi bahasa, perkataan wanita
digunakan untuk mengertikan lawan kepada lelaki. Mengikut kamus dewan,
perkataan wanita adalah suatu ungkapan halus yang memberi erti orang perempuan,
iaitu lawan kepada lelaki. Kehidupan sebagai seorang wanita bukanlah mudah
kerana wanita sering dilihat lemah dalam segala perkara berbanding lelaki.
Namun pada era yang serba moden ini dapat dilihat bahawa wanita juga dapat
berdiri seiring dengan lelaki. Jika dahulu golongan wanita sering untuk
didikriminasikan, tetapi tidak bagi zaman ini kerana masyarakat zaman kini
sudah dapat menilai dan dapat melihat akan kemampuan wanita untuk dalam
menjalankan sesuatu perkara.
Wanita diseluruh dunia mempunyai cara
yang tersendiri untuk mengisi masa mereka sehari-hari. Ada yang memlilih untuk
berkerja dan ada juga yang memlilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Begitu jugalah degan gaya hidup dan aktiviti golongan wanita masyatakat orang
asli di Pos Tenau Perak.
Golongan wanita di Pos Tenau biasanya
tidak bekerja dan hanya menjalankan kerja-kerja rumah seperti memasak,menjaga
anak, dan lain-lain lagi. Berdasarkan temu bual ringkas yang saya lakukan
semasa berada di Pos Tenau saya mendapati bahawa golongan wanita yang lebih
berusia tidak bersekolah dan tidak mempunyai pendidikan formal seperti
anak-anak meraka. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka tidak bekerja di sektor
professional seperti wanita-wanita di kawasan Bandar.
Walaupun begitu, wanita orang asli
turut turun ke hutan sepertimana golongan lelaki. Apa yang unik dan menarik
tentang kehidupan mereka bagi saya ialah mereka dapat menjalani kehidupan
mereka berlatar belakangkan alam semula jadi yang masih lagi tidak di
ekploitasi sepertimana yang berlaku di kawasan Bandar. Mereka lebih selesa untuk
membersihkan diri di kawasan sungai kerana terdapat air sungai yang mengalir
bersih di kawasan kampung mereka.
Kebanyakan
wanita orang asli ini juga akan bertutur dalam bahasa Semai Sebagai bahasa
pertuturan mereka sehari-hari. Mereka seriang dilihat pemalu pada mula
perkenalan kerana mereka mungkin segan dengan kehadiran kami tetapi
Sementara itu, kebanyakan keluarga di
Pos Tenau akan memiliki sekurang-kurangnya 5-8 orang anak untuk satu keluarga.
Hal ini kerana, kebanyakan wanita orang asli
di Pos Tenau berkahwin pada usia muda kerana mereka tidak terlalu
mementingkan pendidikan.
Tidak dinafikan bahawa kehidupan
masyarakat orang asli tidaklah seperti kehidupan mereka yang tinggal dikawasan
bandar atau bukan pendalaman yang
mempunyai pelbagai kemudahan dalam menguruskan aktiviti seharian. Namun, mereka
masih lagi dapat menjalani kehidupan yang baik dan harmoni. Walaupun mereka
dilihat serba kekurangan tetapi mereka mempunyai sikap yang mungkin jauh lebih
baik berbanding dengan mereka yang menjalani kehidupan yang serba lengkap di
kawasan Bandar. Hubungan mereka sebagai sebuah masyarakat di kawasan Pos Tenau
ini sangat erat dan saling menjaga antara satu sama lain tidak dapat dinafikan
lagi.
Akhir
sekali, pengalaman bersama orang asli di Pos Tenau amat berharga bagi saya
kerana walaupun masa kami agak terhad tetapi banyak yang saya dapat pelajari
semasa berkunjung ke kampong orang asli di Pos Tenau
Nama: Fatin Munirah Binti Nazirie
No Matrik: D20171078782
Semester: Semester 3
Program: ISMP Geografi
No comments:
Post a Comment