Thursday, December 13, 2018

KADAR KELAHIRAN MASYARAKAT ORANG ASLI POS TENAU


Disediakan oleh:
Noor Syamshida Binti Masa
D20161073498

“SEBUAH PENGALAMAN YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIBELI DENGAN WANG RINGGIT”
Sebuah pengalaman, kenangan dan nilai yang diperolehi daripada satu kawasan yang damai dan sunyi dari hiruk pikuk dunia luar takkan tergantikan seperti di Pos Tenau. Perjalanan yang sangat mencabar dan berliku untuk sampai ke sini tak akan pernah sepi daripada kotak memori kami. Keadaan masing-masing yang sudah pening dan kepenatan sepanjang perjalanan ke sini telah terbayar oleh suasana yang aman, damai dan ‘sunyi’ tanpa rangkaian telefon.

Pelajar Kursus HGM3033 Geografi Penduduk

Masyarakat Orang Asli merupakan satu kelompok masyarakat yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis dan Pulau Pinang. Negeri-negeri yang banyak ditemui kewujudan penempatan mereka ialah negeri Pahang diikuti oleh Perak, Kelantan dan seterusnya. Salah satu daripada kawasan petempatan mereka di negeri Perak ialah Pos Tenau, Ulu Slim.

Pelajar orang asli SK Pos Tenau yang mengikut program sukaneka bersama kami

Umumnya, orang Asli di sini bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual hasil barang-barangan hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. Kebanyakkan daripada mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna seperti masyarakat-masyarakat lain di Malaysia. Mereka lebih gemar berada dalam kelompok mereka sendiri dan selesa untuk terus hidup seperti itu.

Kebun getah milik masyarakat orang Asli Pos Tenau



Kambing peliharaan sesetengah penduduk Kampung Pos Tenau

Adat Kelahiran Masyarakat orang Asli
Masyarakat orang asli mempunyai banyak adat dan kepercayaan mereka sendiri antaranya ketika terdapat berlakunya kelahiran bayi. Seorang suami kebiasaannya akan terus memberitahu atau menghebohkan kepada jiran tetangga apabila isterinya henda bersalin. Telah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita untuk mengunjungi si isteri dan memberikan bantuan semampu mereka.
            Mereka tidak suka jika ada tetamu yang datang berkunjung memuji-muji akan kecantikan tubuh badan anak yang baru dilahirkan. Orang Asli ini percaya bahawa jika seorang bayi tersebut dipuji seperti “... amboi, comelnya bayi ini”, maka hantu-hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi tersebut. Mereka percaya keadaan tersebut adalah benar apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya.
            Selain itu, terdapat beberapa pantang larang yang perlu juga dipatuhi oleh seorang wanita yang mengandung. Pantang larang tersebut juga dikenakan kepada si suami. Antara pantang larang yang dianggap penting ialah si suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang.

Pelajar orang asli yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun.




Sesi perkenalan dan soal jawab bersama guru-guru yang mengajar di SK Pos Tenau

            Rata-rata masyarakat orang Asli kebanyakkannya berkahwin pada usia muda. Ada di antara mereka berkahwin pada umur 16 tahun. Selain itu juga, bilangan anggaran anak bagi setiap isi rumah adalah di antara 4 – 8 orang. Hal ini disebabkan oleh amalan kahwin pada usia muda oleh mereka. Kebanyakkan mereka berkahwin muda disebabkan juga oleh faktor pendidikan. Oleh kerana mereka kurang mendapat pendidikan seperti masyarakat lain, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga awal. Hal ini menyebabkan, pada usia awal 20-an mereka sudah memiliki 2 atau 3 orang anak.
            Kebanyakkan masyarakat orang Asli di sini menerima pendidikan sehingga tahun 6 sahaja. Namun ada juga di antara mereka yang berjaya menamatkan sesi persekolahan sehingga tingkatan 5. Faktor yang menyebabkan mereka kurang mendapat pendidikan ialah mereka tidak terbiasa untuk berjauhan daripada keluarga dan juga mereka tidak selesa untuk berada di satu tempat yang baharu.

Anak-anak orang Asli Kampung Pos Tenau

Antara anak-anak orang Asli Kampung Pos Tenau yang sudi untuk berkomunikasi dengan kami

Sebuah kenangan yang takkan terbeli di mana-mana, pengalaman selama 2 hari 1 malam di Pos Tenau memberi 1001 memori kepada kami terutamanya pelajar minor Geografi. ‘Kesunyian’ tanpa rangkaian telefon juga merapatkan lagi hubungan kami untuk meneruskan program. Terima kasih atas kerjasama semua.

Sebuah ketenangan yang tak mungkin mampu untuk dicari dengan keadaan bumi yang semakin pesat dengan tumbuhnya hutan konkrit.

Sayonara, Terima Kasih Pos Tenau untuk Kenangan Manis Ini!

No comments:

Post a Comment