JENIS PEKERJAAN MASYARAKAT
ORANG ASLI DI POS TENAU
Pos Tenau ini merupakan sebuah perkampungan
orang asli. Orang Asli merupakan salah sebuah etnik minoriti dan
antara warisan yang unik di Malaysia. Justeru, tidak hairanlah sekiranya ramai ahli
akademik dan para sarjana begitu tertarik untuk membuat kajian berkenaan dengan
perkara yang melibatkan Orang Asli. Dari segi sejarahnya pula, pengkajian
terhadap Orang Asli telah bermula sejak abad ke19 lagi. Menurut Gomes (1987),
antara tokoh yang terawal dalam mengkaji tentang masyarakat Orang Asli ini
adalah Anderson (1850) dan Hole (1888). Komuniti Orang Asli merupakan sebuah
masyarakat minoriti peribumi yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Majoriti
daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup
tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan
nenek moyang mereka. Takrifan Orang Asli dalam Perlembagaan Malaysia telah
termaktub dalam Perkara 160(2) yang menyatakan bahawa Orang Asli adalah merujuk
kepada Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu. Di perkampungan Orang Asli ini juga
disediakan kemudahan asas elektrik dengan mengunakan generator sekolah. Untuk
mengunjungi ke Pos Tenau ini terlebih dahulu perlu melalui Pos Bersih dan jarak
dari Pos Bersih ke Pos ini lebih kurang 25 km dengan melalui jalan balak
sementara dari Pos Bersih ke pekan berhampiran Ulu Slim lebih kurang 15 km dan
ke Slim River 20km.
Di sini saya ingin menceritakan tentang beberapa pekerjaan yang dilakukan oleh
penduduk orang asli di Pos Tenau. Pekerjaan merupakan sesuatu yang dibuat untuk
mendapatkan wang dengan jualan atau perkhidmatan. Terdapat beberapa jenis
pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di Pos Tenau sama ada berkerja sendiri
mahupun kerajaan. Berdasarkan apa yang dikaji saya melihat kebanyakan mereka
bekerja adalah berasaskan alam sekitar mereka. Antaranya pertanian sara diri
iaitu mereka mengusahakan pertanian kecil-kecilan di sekeliling rumah. Tanaman
yang diusahakan adalah ubi kayu, kacang panjang, timun, pokok betik dan
sebagainya. Seterusnya memburu binatang dimana aktiviti memburu dijalankan oleh
kaum lelaki menggunakan alatan seperti sumpitan dari buluh dan turut
menggunakan jerat. Haiwan buruan mereka adalah seperti tupai, monyet, kera,
biawak, pelanduk, khindzir hutan dan sebagainya. Mereka juga memungut hasil
hutan seperti rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar-akar kayu sebagai
sumber ubat-ubatan dan menggunakan kayu sebagai pekerjaan membina rumah ataupun
infrastruktur yang perlu dilakukan. Mereka juga menjalankan pekerjaan memungut
petai dan menjual petai sebagai sumber pendapatan. Pekerjaan paling utama
mereka adalah sebagai penoreh getah kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai
penoreh getah mahupun golongan lelaki ataupun perempuan. Mereka juga menternak
ayam dan paling utama adalah kambing. Kemudian pekerjaan sebagai penangkap ikan
dan ia dilakukan di sungai-sungai sekitar kampung Pos Tenau. Di samping itu
juga ada diantara mereka bekerja sebagai penjual besi buruk dimana ia mengutip
besi buruk yang ada di sekitar kampung kemudian menjualnya di pekan. Akhir
sekali menurut sumber yang diperolehi didapati pekerjaan pengawal keselamatan
sekolah adalah antara yang paling kaya dalam kalangan masyarakat Pos Tenau
kerana mendapat gaji tetap pada setiap bulan. Kesimpulannya masyarakat orang
asli di Pos Tenau adalah kebanyakannya bekerja sendiri untuk menyara kehidupan
mereka.
|
Aktiviti bercucuk tanam |
|
Pokok getah (Penoreh getah ) |
|
Tempat menternak kambing
|
|
Alatan menagkap ikan |
|
Penjual Besi Buruk |
|
Pengawal keselamatan sekolah
DISEDIAKAN OLEH :
NUR FARAH SAFIYAH BINTI YUAGASERI
( D20171079602)
|
No comments:
Post a Comment