Thursday, December 13, 2018

Kehidupan Di Pos Tenau "Living A Peaceful Life"


Kehidupan Di Pos Tenau..



Perjalanan mungkin mencabar, namun pengalaman itulah yang membuatkan segalanya tersemat di memori indah. Sekalung penghargaan buat Dr Kamarul bin Ismail, selaku pensyarah kursus HGM 3033 Geografi Penduduk kerana memberi kesempatan buat pelajar kursus ini menjalankan pemerhatian di kawasan Pos Tenau dan menikmati keindahan dan suasana sepanjang berada di sana. 

"Living A Peaceful Life". Itulah ungkapan yang dapat digambarkan sepanjang berada di sana. Kehidupan yang tenang tanpa gangguan sebarang kenderaan bermotor, cuaca dingin, pokok-pokok hijau dan aliran air sungai yang mengalir. Terdapat juga kambing-kambing jinak yang dipelihara oleh tuan rumah. Selain itu, terdapat juga anjing peliharaan berkeliaran di sekitar kawasan perumahan mereka. 



Sekumpulan kambing menyambut kedatangan kami. 


Seekor anak kambing menyorok malu di sebalik dinding rumah. 


Seronok dapat melihat kambing dari jarak yang dekat. 

Anjing juga tidak berasa terancam dengan kedatangan orang luar di kawasan rumah tuan mereka. 



Kewujudan rumah di atas bukit kecil di hujung kampung. 

Rakan memberikan makanan kepada anak-anak Pos Tenau.. 

Suasana kawasan Pos Tenau. 

Kanak-kanak riang berlari di kawasan perumahan tanpa perlu khuatir akan keselamatan mereka. 

Di sekolah, hiburan mereka hanyalah sebuah mesin karaoke yang pastinya menghiburkan setiap penonton.



Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 
Nurul Amyeza Binti Abu Bakar. 
D20161073518

No comments:

Post a Comment