Thursday, December 13, 2018

SOSIO-EKONOMI PENDUDUK DI POS TENAU


SOSIO-EKONOMI PENDUDUK ORANG ASLI DI POS TENAU, ULU SLIM, PERAK

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD YUSRI YUSUF BIN MOHD NOR
D20171078774

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik yang mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Bagi di semenanjung Malaysia, terdapat kelompok masyarakat yang dikenali sebagai Orang Asli di mana masyarakat ini merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia dan tertumpu di bahagian Banjaran Titiwangsa seperti di negeri Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu. (Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, 2018).
            Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli, JAKOA (2018), suku kaum dan bangsa bagi masyarakat ini dipecahkan kepada 3 kelompok iaitu Negrito (6 Suku), Senoi (6 Suku) dan Melayu-Proto (6 Suku). Bukan itu sahaja, masyarakat ini masih lagi mengamalkan sosial budaya dan adat resam daripada generasi dahulu serta kepercayaan animisme namun, telah terdapat kelompok masyarakat yang telah mempunyai memeluk agama sejak selepas kemerdekaan pada tahun 1957 disebabkan gerakan dakwah yang masuk ke dalam masyarakat tersebut.
Pos Tenau merupakan sebuah kawasan penempatan yang merupakan gabungan daripada 4 perkampungan orang asli suku semai yang terdapat di sekitar kawasan sekolah SK Pos Tenau. Jika dilihat  aspek ekonomi orang asli  pada umumnya, mereka lebih kepada aktiviti pemburuan, bercucuk tanam dan mengambil hasil daripada hutan. Bagi penduduk di Pos Tenau, mereka sudah berubah kepada pertanian getah di mana hampir di sepanjang jalan di kawasan Pos Tenau terdapat pokok-pokok getah yang ditanam untuk mendapatkan hasil daripada susu getah tersebut. Di samping itu, terdapat juga penduduk yang menternak kambing sebagai sumber pendapatan mereka.

LOKASI SK POS TENAU



            Tidak dinafikan bahawa masih ramai penduduk kampung yang tidak menceburi bidang lain, lagi-lagi luar daripada kawasan perkampungan tersebut. Hal ini dinyatakan oleh guru di sana bahawa pelajar yang melanjutkan ke persekolahan peringkat menengah adalah sikit bilangannya akibat kurang terdedah dengan masyarakat daripada luar suku mereka. Jadi, bagi pelajar yang tidak menyambung, mereka akan menolong ibu bapa mereka untuk menyara keluarga mereka. Namun, terdapat juga penduduk yang berpindah kepada sektor perkhidmatan seperti menjual barangan runcit dan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di SK Pos Tenau. Menurut guru di sana, pengawal keselamatan tersebut boleh dikatakan orang terkaya bagi kelompok masyarakat di sana disebabkan mempunyai pendapatan yang lebih tingi berbanding penduduk lain.
     
     
AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK POS TENAU

            Tidak dinafikan bahawa makan asas mereka masih tertumpu pada ubi kayu disebabkan kurang kemampuan untuk membeli beras. Jadi bagi mereka, beras dianggap makan mewah di dalam ruji pemakanan mereka berbanding masyarakat di kawasan bandar yang sentiasa dihidangkan dengan nasi setiap hari. Oleh demikian, sebarang sumbangan dapat diberikan terutama beras bagi sama-sama kita memberikan peluang kepada mereka untuk merasai sedikit sebanyak bersama kita.





RUJUKAN
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara. (2018). Masyarakat Orang Asli. Diperolehi daripada http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-orang-asli-0
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2018). Suku Kaum/Bangsa. Diperolehi daripada http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/info-orang-asli/suku-kaumbangsa/


No comments:

Post a Comment