Thursday, December 13, 2018

PERANAN WANITA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DIPERKAMPUNGAN POS TENAU.

Peranan kaum wanita masyarakat orang asli di Pos Tenau sama seperti wanita lain yang berada di luar dari kawasan tersebut. Kaum wanita yang sudah berkahwin lebih kepada membantu ketua keluarga untuk mencari rezeki dan menjaga anak. Menurut Sri Pengestri Seri Murni (2007), guna tenaga wanita berguna untuk menyara ekonomi keluarga, mendidik anak-anaknya dan menjaga keluarganya yang sakit, bahkan diluar rumah tangga wanita berperanan dalam aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti harian yang dilakukan oleh setiap wanita sangat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab mereka dalam kehidupan terutama tanggungjawab kepada keluarga. Rajah 1 dibawah menunjukkan dua orang wanita sedang melakukan aktiviti harian mereka seperti menjaga anak.

Rajah 1

Selain itu, terdapat perbezaan juga dalam kehidupan kaum wanita orang asli di Pos Tenau berbanding kaum wanita di tempat lain atau wanita bukan dalam kalangan orang asli. Perbezaan yang paling ketara apabila kaum wanita orang asli ini kurang mementingkan kerjaya mereka hanya menumpukan kehidupan mereka di perkampungan orang asli. Perkara ini terbukti kebanyakkan masyarakat orang asli di Pos Tenau mereka hanya mendapatkan pendidikan sehingga sekolah rendah. Disamping itu, masyarakat orang asli Pos Tenau hanya segelintir yang berjaya menamatkan pengajian mereka sehingga ke sekolah menengah. Hal ini dapat dilihat apabila kaum wanita yang bukan dalam kalangan orang asli sangat mementingkan kerjaya mereka. Pendidikan yang diterima sehingga ada yang berjaya menyambung ke peringkat univesiti ini jelas menunjukkan wanita orang asli Pos Tenau kurang mementingkan kerjaya.
Seterusnya, keistimewaan bagi masyarakat orang asli Semai ini mereka setiap hasil yang mereka peroleh dibuat secara semula jadi seperti hasil daripada hasil bumi. Semua masyarakat sudah pasti meginginkan kecantikan dan kesihatan yang baik bagitu juga bagi kaum wanita masyarakat orang asli ini. Mereka menghasilkan untuk kecantikan dan bagi memelihara kesihatan mereka akan dihasilkan sendiri. Perkara ini berbeza dengan wanita yang selain daripada masyarakat orang asli di Pos Tenau ini untuk mendapatkan barang kecantikan dan kesihatan yang dijamin berkualiti agak sukar untuk diperolehi. Faktor kedudukan tempat tinggal bagi masyarakat orang asli di Pos Tenau yang dikelilingi dengan hutan. Bagi memperoleh hasil bumi untuk kecantikan dan kesihatan sangat mudah tidak perlu untuk mengeluarkan modal yang banyak demi kecantikan dan kesihatan mereka.

 Rajah 2
Walau bagaimanapun, kaum wanita dalam kalangan masyarakat orang asli Pos Tenau kurang menitikberatkan isu kerjaya tapi mereka membantu dalam meningkatkan populasi penduduk dalam kalangan masyarakat mereka. Hasil dapatan yang saya perolehi semasa berada di kawasan perkampungan orang asli di Pos Tenau. Masyarakat orang asli kaum wanitanya kebanyakkan berkahwin seawal usia 16 tahun. Oleh itu, perkahwinan awal yang dilakukan secara tidak langsung akan meningkatkan kadar kelahiran. Mereka kebanyakan mempunyai lebih daripada 10 orang anak dalam setiap keluarga. Isu ini berbezaan dengan kaum wanita selain masyarakat orang asli disebabkan mementingkan kerjaya kadar kelahiran sangat rendah dalam setiap keluarga. Rajah 3 dan 4 dibawah menunjukkan kanak-kanak masyarakat orang asli Pos Tenau.

 Rajah 3

Rajah 4

Sehubungan itu, hasil pendapatan harian masyarakat orang asli di Pos Tenau daripada hasil pertanian dan penternakan yang mereka telah usahakan. Aktiviti pertanian dan penternakan yang mereka usahakan sudah pasti menggunakan tenaga kerja kaum wanita juga digunakan. Oleh itu, kaum wanita masyarakat orang asli akan turut serta untuk membantu ketua keluarga mereka mendapatkan sumber harian mereka. Tambahan itu, makanan seharian mereka slalunya makan ubi kayu hasil daripada cucuk tanam yang mereka lakukan. Perkara ini jelas menunjukkan setiap yang mereka usahakan penting untuk makanan harian mereka sekeluarga. Hal ini juga jelas menunjukkan betapa kuatnya seorang wanita masyarakat orang asli di Pos Tenau ini melakukan banyak pekerjaan dalam seharian. Rajah 5 dibawah menunjukkan  hasil tanaman getah yang diusahakan oleh masyarakat orang asli di Pos Tenau.


Rajah 5



Secara keseluruhannya, peranan kaum wanita dalam masyarakat orang asli di Kampung Pos Tenau juga memainkan peranan yang penting. Tambahan itu, pantang larang yang terdapat dalam masyarakat orang asli di Pos Tenau ini lagi menyebabkan kaum wanita membuatkan peranan mereka sangat penting. Menurut Mohd Mizan dan Shuhairimi (2004), konsep World View atau pandang dunia masyarakat Semai termasuklah didalamnya segala adat dan budaya serta pantang larang inilah yang telah mengawal masyarakat ini daripada kecil hinggalah besar dan akhirnya mati. Kaum wanita sepertimana yang kita ketahui merupakan sumber kekuatan bagi kaum lelaki. Oleh itu, hak bagi kaum wanita dalam kalangan masyarakat orang asli juga patut diberi kepada mereka supaya mereka rasa dihargai. Orang ramai tidak akan sedar betapa banyaknya pengorbanan yang dilakukan oleh kaum wanita kepada keluarga, masyarkat dan negara.  Disini saya kongsikan pemandangan yang terdapat di Kampung Pos Tenau.
 

                                                  Rajah 5 
 
                                                    Rajah 6

Mohd Mizan bin Mohamad Aslam & Shuhairimi bin Abdullah. (2004). Pembentukan Nilai-Nilai Murni Masyarakat Semai Melalui Konsep Pandang Dunia (World View): Satu Analisis Awal. Kolej Universiti Utara Malaysia. Perlis. Diperoleh daripada http://repo.uum.edu.my/1874/1/37.pdf
Sri Pangestri Dewi Murni. (2007). Peranan Wanita Dalam Pembangunan Ekonomi Dan Sosial Di Sumatera Dari Tahun 19950-1990: Tumpuan Khusus Kepada Kegiatan Wanita Di Kota Madya Medan. Universiti Sains Malaysia. Diperolah daripada http://eprints.usm.my/9337/1/PERANAN_WANITA_DALAM_PEMBANGUNAN_EKONOMI_DAN_SOSIAL_DI_SUMATERA_UTARA_DARI_TAHUN_1950-1990.pdf


MARLIANAH BINTI MATNOOR @ MATNOH
D20162075905

No comments:

Post a Comment