SEKOLAH SUMBER ILMU
SEKOLAH KEBANGSAAN POS TENAU ULU SLIM
Disediakan
oleh : Sitti Norpiyah Binti Bulaya @ Hj Bulaya
Sekolah Kebangsaan
Pos Tenau Ulu Slim ini ditubuhkan
oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 1997. Sekolah Kebangsaan Pos Tenau Ulu Slim adalah merupakan
sebuah sekolah kebangsaan harian yang hanya mempunyai satu sesi atau sidang
persekolahan iaitu sidang pagi.
Pada awal penubuhan terdapat
bangunan lama yang terdiri dari sebuah bangunan bilik darjah dan sebuah kantin.
Bangunan lama ini merupakan bangunan kayu. Bangunan baru hanya siap dan mula
digunakan pada tahun 2004 merupakan bangunan yang dibina sepenuhnya oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan baru ini terdiri daripada 4 buah bangunan
bilik darjah dan sebuah kantin.
Lokasi Geografi sekolah ini terletak di
kawasan Pedalaman Ulu Slim. Jarak dari Ulu Slim 28km, dari Slim River 50km. Jika
dahulunya jalan perhubungan dari tempat ini ke Ulu Slim adalah jalan balak yang
hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4x4 dan motorsikal, kini sekolah ini
boleh diakses dengan mudah dengan menggunakan jalan raya yang bertar. Dahulunya
kesukaran perjalanan lebih dirasai pada waktu musim hujan, dimana keadaan jalan
berlumpur serta licin. Terdapat empat perkampungan Orang Asli di sekitar
sekolah, iaitu Kampung Pangkak, Kampung Tenau, Kampung Kehem dan
Kampung Sempuh. Penduduk di kawasan ini berjumlah kira-kira 50 keluarga dan
bekerja sebagai petani dan pencari hasil hutan. Pendapatan penduduk di sini
adalah amat rendah. Purata pendapatan mereka kurang dari RM 500 sebulan.
Penduduk di perkampongan ini terdiri dari kaum Semai.
Sekolah
Kebangsaan Pos Tenau Ulu Slim menempatkan seramai 12 orang guru termasuk
kakitangan sokongan. terdapat 10 orang guru yang bertugas di sekolah ini dan
yang menariknya semua guru yang bertugas adalah guru lelaki. Dalam kalangan
mereka ada yang sudah hampir berpuluh tahun mengajar di sekolah ini dan kesemua
mereka mempunyai pengalaman yang mengajar yang berbeza. Setiap guru dan
kakitangan sokongan di sekolah ini mempunyai tugas dan bidang kuasa masing –
masing. Dari aspek bilangan pelajar sekolah pula, Sekolah Kebangsaan Pos Tenau
Ulu Slim mempunyai bilangan pelajar seramai 39 orang. Pelajar tahun enam
seramai 12 orang, tahun lima seramai 10 orang, tahun empat seramai 3
orang, tahun tiga dan tahun dua
masing-masing seramai 5 orang dan tahun satu seramai 4 orang. Keunikan sekolah
ini dapat dilihat apabila setiap kelas dinamakan menggunakan nama sesebuah
kereta. Sebagai contoh, Iswara, Saga, Satria, Inspira, Wira dan Perdana.
PENGURUSAN
PEMBELAJARAN SEKOLAH
Strategi mengurus bilik pembelajaran
merupakan satu elemen yang penting dalam pengurusan sekolah dan perkembangan
akademik pelajar. Perkara ini juga berkait rapat dengan jenis-jenis bilik
darjah dan bilik pembelajaran khas yang berasaskan tradisional ataupun abad ke
21. Hal ini kerana kesan yang baik akan dapat dicapai dari segi kualiti
aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan secara lansung mampu
meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik. Perkara ini melibatkan semua
jenis bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain.
Sehubungan dengan perkara ini, unsur fizikal juga memberi peranan yang penting
untuk mencapai keberkesanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik
darjah.
Sebagai contoh, penyusunan meja dan
kerusi, ruang dan saiz bilik darjah dan pembelajaran, kebersihan, keceriaan,
kekemasan, kemudahan sudut-sudut maklumat yang kreatif. Proses pembelajaran
yang bermakna perlu memberi iklim bilik darjah dan pembelajaran yang selesa,
kemudahan yang sesuai serta keadaan kelas yang kondusif dan berjaya menarik
perhatian pelajar. Dengan adanya strategi mengurus bilik pembelajaran ini, guru
mampu mengenal pasti halangan dan masalah yang dihadapi sewaktu kelas berjalan.
Persekitaran
pembelajaran adalah tempat bagi pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan telah
dikenalpasti sebagai faktor kritikal dalam pencapaian pelajar. Persekitaran
bilik pembelajaran yang sesuai akan wujud melalui pengamalan ciri-ciri bilik
pembelajaran serta bilik darjah yang berteraskan abad ke 21 iaitu seperti
susunan meja dan kerusi yang berkelompok atau dikenali sebagai berpusatkan
pelajar serta akan wujud komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain
itu, kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah seperti LCD
projektor, papan putih interaktif, sudut maklumat ataupun parking lot serta. Banyak
kebaikan yang akan diperolehi oleh pelajar iaitu pelajar akan berasa selesa
ketika belajar dan guru mudah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Strategi
mengurus bilik pembelajaran dilaksanakan dalam sekolah dan ternyata Sekolah Kebangsaan
Pos Tenau Ulu Slim juga
telah mampu mewujudkan bilik-bilik pembelajaran yang kondusif walaupun sekolah
ini hanya mempunyai pelajar seramai 39 orang pelajar sahaja. Perkara ini tidak
menjadi halangan kepada guru-guru di sekolah tersebut untuk lebih berusaha
untuk merancang dengan rapi akan strategi mengurus bilik pembelajaran. Harapan
agar sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga mampu mewujudkan bilik-bilik
pembelajaran yang berteraskan abad ke 21 dan dengan usaha sebegini guru-guru di
Malaysia mampu memantapkan lagi strategi mereka untuk mengurus bilik-bilik
pembelajaran yang ada di dalam sekolah. Sekolah Kebangsaan Pos Tenau Ulu Slim
terdiri daripada beberapa buah blok yang dibekalkan dengan prasarana yang
lengkap bagi memenuhi keperluan dan kehendak pendidikan semasa. Kemudahan infrastuktur yang ada di
sekolah ini adalah seperti bilik pentadbiran, bilik guru, bilik darjah, pusat
sumber, makmal computer, bengkel KH, bilik muzik, bilik sains, dewan sekolah,
bilik SPBT dan kantin sekolah.
KEMUDAHAN INFRASTUKTUR SEKOLAH
|
Bilik Sains |
|
Bilik Komputer |
|
Pusat Sumber Sekolah |
|
Bilik Darjah 6 |
|
Bengkel Kemahiran Hidup Dan Bilik Muzik |
|
Bilik Interaktif MySTEM |
|
Bangunan Pentadbiran |
|
Bilik Ruang Makanan JAKOA |
PENGARUH PERSEKITARAN DAN IKLIM SEKOLAH SK POS TENAU
Budaya kerja di kalangan guru dan
kakitangan sekolah juga unik. Ini kerana kebanyakkan guru datang awal ke
sekolah dan pulang lewat bagi memastikan semua pengurusan dan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Guru-guru di sekolah juga turut
membantu kakitangan sokongan bagi menceriakan kawasan sekolah. Amalan kerjasama
ini mewujudkan hubungan yang erat antara mereka. Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang
ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah lain. Sifat dan suasana yang
ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat
yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya. Iklim Sekolah
sangat mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui pengenalan konsep
kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang
baik dengan orang lain.
Pengaruh sekolah memainkan peranan utama
selepas keluarga dalam pembentukkan personaliti pelajar. Pengarah sentiasa memberi sokongan kepada
guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan
inovasi dalam kerja seharian mereka. Pelajar dan guru disekolah merasa sangat
selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa
berada dalam keadaaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang
yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah yang
ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama
yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah
adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah
yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segiemosi, rohani, jasmani dan intelek. Program keceriaan
sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai
persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi
untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai
kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
warganya yang berteraskan ilmu, iman dan aman.
(Pengaruh Persekitaran Dan Iklim Sekolah Sk Pos Tenau)